‘Sarah Minta Duit & Harta Yang Berlebihan, Dia Pesan Jangan Beritahu Orang’ – Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum menemui titik noktah apabila pengarah sensasi itu enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi.

Puteri Sarah kemudian mendedahkan punca sebenar kegagalan proses lafaz cerai oleh Syamsul adalah disebabkan suaminya itu telah meminta pengurangan nafkah anak dan mutaah serta mohon menarik semula kes saman terhadap keluarga Kazar Saisi.

‘Sarah minta satu amaun besar’

Rentetan daripada isu tersebut, Syamsul tampil menafikan perkara tersebut dan mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan Puteri Sarah adalah satu fitnah. Dakwa pengarah berusia 39 tahun ini lagi, pada awalnya mereka berdua telah berjumpa dan akhirnya menemui kata sepakat termasuklah bersetuju untuk memberi satu amaun yang diminta isterinya itu.

Sarah minta satu amaun yang boleh dikatakan besar. Ramai yang tak setuju tapi saya setuju dengan apa yang Sarah minta. Sarah juga minta saya tarik kes nusyuz yang kata dia ada hubungan dengan suami orang, menggangu rumah tangga orang.

Okay saya boleh tarik, begitu juga dengan saya yang minta pada Sarah tarik kes isteri kedua saya, Ira Kazar. Tak perlu kita panjangkan isu ini, mudah mudahan kita boleh teruskan kehidupan dengan baik demi anak-anak. Alhamdulillah, kita dah capai kata sepakat.

Tetapi beberapa hari lalu, Syamsul mendakwa menerima satu perjanjian baharu daripada peguam Puteri Sarah dan initipatinya sangat berbeza dengan apa yang dipersetujui sebelum ini.

Pihak Sarah yang menukar tiba-tiba, meminta duit berlebihan, meminta harta-harta yang lebih banyak. Sarah juga pesan jangan beritahu orang dengan apa yang dia minta. Jadi sekarang ni, dia putar cerita bahawa saya yang menukar perjanjian. Itu hakikat yang sebenar.

Disebabkan Sarah tak mahu mencapai kata sepakat, saya nekad untuk berlawan. Sebenarnya tak ada melibatkan isu nusyuz, Ira. Itu bukan isunya, isu Sarah kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi ni, padahal yang dah beri pun lebih daripada perlu. Kalau itu pilihan Sarah, kita terpaksa berlawan lah. Kita serahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, proses lafaz cerai yang dijadualkan berlaku pada hari ini tertangguh disebabkan pihak mahkamah ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi JKP pada prosiding seterusnya pada 25 Mei depan.

Sumber IG.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*