Aku Fikir Ibu Layan Isteri Aku Baik Selama Ni, Satu Hari Aku Sengaja Balik Snyap2, Terkejut Aku Tgk Apa Ibu Buat Dekat Isteri Aku!

Aku tak tahulah keputusan yang aku buat ini makan diri atau sebaliknya. Syurga buat anak dibawah tapak kaki ibunya, syurga isteri terletak pada suaminya. Mungkin alasan itulah isteri aku diamkan diri selama ni. Aku baru tahu sebelum puasa tempoh hari. Selama ini, aku sentiasa diamkan diri sebab nak jaga hati semua pihak.

Kadang-kadang aku tegur ibu aku tapi bila aku suarakan, mesti ibu akan cakap, kalau aku tak tahu, jangan pandai-pandai jatuh hukum.

Isteri aku seorang suri rumah, kami masih tiada anak walaupun hampir 6 tahun kahwin. Bagi aku takpe, mungkin tiada rezeki lagi.

Walaupun kami suami isteri tinggal berasingan dari keluarga tapi ibu dan kakak aku selalu berkunjung ke rumah dengan alasan, mereka bosan.

Kakak aku tu masih belum kahwin dan tinggal dengan ibu. Aku ingatkan selama ini, ibu melayan isteri aku dengan baik sebab isteri tidak pernah bercerita apa-apa pun.

Nak dijadikan cerita, sebelum puasa hari tu, ibu ayah dan kakak aku datang ke rumah. Masa ni aku bekerja, yang ada di rumah isteri aku sorang. Kira macam biasa isteri yang layan mereka.

Rupanya diorang datang bukan setakat nak berkunjung tapi mengeji, Dikata isteri aku mandul dan suruh isteri pujuk aku untuk kahwin lain Isteri juga dituduh pemalas sebab tak kerja mengharapkan duit aku je.

Apa yang aku tengok, isteri diam je sambil hidangkan air. Sebab isteri diam, kakak aku siap tolak-tolak isteri.

Aku dapat lihat tu semua sebab ayah aku call mintak balik rumah sebab nak aku tengok keadaan sebenar. Rupanya selama ini, ayah aku dah nasihatkan ibu.

Cuma ibu masih berkeras katanya aku layak dapat yang lagi bagus dari isteri. Jatuh air mata lelaki aku masa tengok isteri kena tunjal-tunjal macam tu.

Masa aku masuk rumah, ibu dan kakak aku memang terkejut dan terus cakap isteri aku ni kurang ajar sebab melawan cakap.

Masa nilah, aku tinggi suara dan cakap pada ibu kalau macam ni gaya, baik diaorang jangan datang rumah aku.

Isteri cuba tenangkan aku tapi aku dah hlang sabar hampir-hampir aku menampar kakak aku sebab katanya aku dah kena guna-guna oleh isteri.

Ayah pula menenangkan ibu dan cakap, “Kita tak payah masuk campur urusan diorang, dah banyak kali aku nasihatkan korang berdua”.

Ibu pula sama masih menolak-nolak isteri sampai isteri jatuh. Masa jatuh tu, aku tengok ada drah kat kain isteri. Aku terus angkat isteri dan bawa ke hspital.

Siapa sangka rupanya isteri tengah mengandung baru 2 bulan lebih. Dia sendiri tak tahu dia mengandung tapi rezeki kami tak ada, sebab gugur mungkin dari masa jatuh tu.

Isteri ok je tapi mungkin sedih sebab kami tunggu hampir 6 tahun. Masa aku balik rumah, kakak dan ibu masih ada, yang buat aku terkilan diorang buat macam takde apa-apa berlaku, bertanya keadaan isteri pun tidak.

Allah, sedih aku. Ibu ada cakap kalau aku keluar pergi hspital, aku bukan lagi anak lelaki dia.

Ayah aku siap marah ibu tapi ibu tarik muka. Aku terus keluar rumah. Esoknya aku balik rumah, tengok ibu kakak dan ayah aku takde.

Ayah sempat call pagi tu katanya dia dah nak balik. Petangnya aku cuba call ibu tapi tak jawab. Bulan puasa kami ada balik jenguk mereka sambil nak berbuka sama, tapi mereka anggap kami suami isteri tak wujud.

Hanya ayah yang rajin melayan aku borak dan katanya sabarlah. Ayah dah puas nasihat ibu tapi keadaan masih tak berubah.

Sebab raya tahun ni giliran rumah aku, kami balik juga walaupun ibu masih marah aku. Apa yang isteri aku masak, ibu dan kakak tak sentuh, siap buang makanan katanya entah-entah ada ubat guna-guna dalam ni.

Nasib baiklah adik beradik yang lain pujuk isteri dan mintak bersabar. Hari raya, aku rasa macam nak bawa isteri aku lari jauh-jauh sebab masa kami nak bersalam, ibu terus bangun dan cakap dia tak ada anak lelaki macam aku.

Aku cuba pluk ibu tapi ibu keraskan badan. Katanya kalau aku nak ibu maafkan, ibu mintak aku tinggalkan isteri.

Allah sedih aku dengar, petang tu aku terus ajak isteri balik. Kami balik petang tu sampai hari ini, aku masih tak hubungi ibu.

Isteri aku hanya diam. Cuma dia kata, kita sebagai anak kena mengalah, takut menderhaka. Aku tak tahu nak buat macam mana dah.

Aku sentiasa berdoa agar ibu berubah. Aku tak tahu apa yang dah meracun fikiran ibu sampai buat kami macam ni. Kalaulah ibu masih berkeras minta aku tinggalkan isteri, aku tak mampu. Derhakakah aku ??

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*