![aliff isnaf](https://ohhbulan.com/wp-content/uploads/2024/04/aliff-isnaf-678x381.jpg)
Susulan keengganan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah hari ini, keputusan itu ternyata telah mengejutkan ramai pihak.
Ditemui media setelah sebutan kes perceraiannya hari ini, Aliff berkata dia akan mencuba sedaya upaya menggunakan peluang yang ada bagi menyelamatkan rumah tangganya bersama Bella demi anak-anak.
Buat masa sekarang saya akan menggunakan segala peluang yan ada untuk Aliff selamatkan rumah tangga Aliff, demi anak-anak. Saya rindu anak-anak.
Saya buat silap, banyak silap tapi di hujung hari ini bukan keputusan yang terburu-buru. Dalam hal rumah tangga tak perlu ada pengaruh luar.
Dia dalam pada itu memohon ruang daripada orang ramai agar prosedur mahkamah berjalan lancar.
Hari ini, pasangan itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kedua kes perceraian yang difailkan Bella Astillah terhadap Aliff Aziz.
Keputusan itu dilakukan setelah Aliff didakwa berlaku curang dengan beberapa wanita selain kes penangkapan khalwat di antara pelakon itu dengan aktres Ruhainies tempoh hari.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply