Selepas isterinya membuat pendedahan berupa bukti perbualan antara dirinya dan seorang wanita didakwa isteri orang tular, kini giliran sukarelawan bencana, Abang Viva pula tampil mempertahankan diri.
Menerusi hantaran terkini di TikTok, Abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar dilihat melakukan perkara sama yang dibuat isterinya apabila berkongsi tangkap layar perbualan milik Eva dengan seorang lelaki.
Katanya, dia sudah tidak tahan apabila isterinya itu sering membuat hantaran mengenai hal sama di media sosial.
“Tak boleh tahan, hari-hari benda sama je ni. Kasi up satu, yang lain simpan dulu,”” tulisnya pada ruangan kapsyen yang disertakan bersama hashtag #pembeladiri.
Tidak habis disitu, Abang Viva menerusi hantaran yang berlainan pula memaklumkan, dia bukan sahaja mempunyai bukti berupa mesej perbualan tetapi juga video.
“Perlu ke post satu lagi gambar menarik? Dekat saya bukan screenshot je ada, siap video lagi. Kalau screenshot je macam boleh edit,” katanya.
Dalam pada itu, Abang Viva juga mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan netizen terhadapnya berhubung isu kontroversi membabitkan rumah tangganya.
“Membaca amalan mulia. Ramai sangat tak membaca ni. Tapi tak apa, terima kasih atas nasihat-nasihat yang baik-baik,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan Abang Viva sebagai seorang suami yang narsistik dek kerana sanggup memburuk-burukkan isterinya dengan orang lain.
Bahkan, pendedahan yang dibuatnya ini tidak setimpal dengan perbuatannya terhadap Eva.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran yang dimuat naik Abang Viva ini telahpun dipadam beberapa minit selepas ia dimuat naik.
Sumber Xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply