Setelah hampir setahun tidak aktif di Instagram (IG), isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar akhirnya memuat naik satu hantaran.
Kembali aktif
Terbaharu, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin memuat naik beberapa keping foto dan video yang memaparkan dia sedang berada di kandang kuda.
Dalam masa yang sama, Ira juga tidak melepaskan peluang untuk menunggang kuda di situ.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat hantaran tersebut dan memuji Ira yang dilihat semakin jelita.
Semenjak menghilangkn diri, makin cantik dia ni. Moga sihat selalu dan berbahagia di samping orang yang tersayang.
Cantik pulak Ira ni! Macam muka Turkish.
Ira memang lawa dan manis, tak dinafikan
Sebelum ini, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya di TikTok. Kali terakhir Ira berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu.
Timbul juga dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.
Imbas kembali, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Sumber: IG Ira Kazar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply