Selalu Terima Soalan Dari Netizen Mengenai Kemana Suaminya, Ini Respon Yang Diberikan Oleh Bonda Rozita Ibrahim. Harap Lepas Ni Netizen Tak Persoalkan Lagi Status Bonda Yer. Siap Bonda Bagi Bukti Gambar Lagi Tu !!
Siapa tidak mengenali usahawan berjaya iaitu Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita ini. Banyak kejayaan yang dilakukan oleh Bonda Rozita menjadi inspirasi bagi wanita-wanita di luar sana umumnya.
Baru-baru ini kecoh di media sosial setelah Bonda berkongsi penampilan terbarunya yang tampil kurus. Bukan itu sahaja, tidak lagi berkongsi gambar bersama suami juga telah menjadi tanda tanya ramai mengenai status perkahwinan Bonda Rozita.
Namun, Bonda Rozita mengambil pendekatan untuk tidak menjawab spekulasi tersebut. Semalam, Bonda Rozita berkongsi video anak-anaknya, Dato’ Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi telah meraikan sambutan hari jadinya. Namun kelibat suami dan dua orang anaknya masih juga tidak kelihatan.
Kali ini Bonda Rozita tidak berdiam diri dan berkongsi satu posting seperti menjawab pertanyaan netizen mengenai status rumah tangganya.
Selain itu Bonda turut memuatnaik satu gambar bersama suaminya baru-baru ini ketika mereka menunaikan ibadah umrah.
Rupanya suami Bonda Rozita dan anak-anak terkandas di Iceland kerana angin kenc4ng dan tidak dapat pulang ke tanah air lagi. Ramai yang berasa senang hati dengan perkongsian Bonda Rozita dan mereka mendoakan yang baik-baik buat Bonda serta keluarga.
Antara komen-komen menarik adalah :
” Bahagia cara masing2, tak perlu nk tunjuk kat semua org, sy dgn suami da bersama 14tahun tapi tak brape gemar nak upload atau update gambar bersama d media social.. “
” Ujian hebat utk insan hebat. Semoga Allah merahmati keluarga bonda dan semua kesulitan dipermudahkan.. “
” Assalamualaikum Puan. Salam Jumaat. Saya tau Abg Aji ada, sbb tengok cara masakan Puan. Masak pulut, masa kari semua menu Abg Aji tu.. “
” Sabar bonda, ramai yg mendoakan bila dpt tahu berita sebenar. Mengambil berkat hari jumaat yg oenuh barakah ini, semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan tn hj dan anak2.. “
” Nitejen2, hrap puas ati korang dengan gambr yang bonda kongsi tu. Semoga urusan suami dan anak2 bonda dipermudahkan.. “
” Jgn sed1h bonda, tak perlulah jaga hati netizen ni, kdg tak semua boleh kita share. Tp nk buat mcm mana bonda public figure, moga bonda terus kuat utk berkarya di rumah hutan.. “
” Seolah2 seronok plak nk tgk org cer4i berai ni ye, tak phm la dgn manusia yg berhati busuk ni. Dia nak dgr jwpan yg dia nak, iaitu cer4i.. “
Alahai netizen ni, Bonda Rozita tak kongsi gambar suami, terus fikir sudah bercer4i, tak baik tau. Tak semua jalan cerita kehidupan kita perlu kongsikan buat tatapan umum. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Bonda Rozita dan suami. Semoga rumahtangga Bonda Rozita terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Sumber Content Media.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply