
Cubaan media untuk mendapatkan respon bekas jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin berhubung dakwaan sudah bercerai dengan isteri keduanya berakhir dengan tanda tanya apabila dia tidak memberikan jawapan jelas mengenai spekulasi itu.
“Nanti hubungi semula, saya tengah memandu nak pergi latihan bola sepak” kata Zainal apabila dihubungi media mengenai isu hangat itu.
Cubaan kali kedua media untuk mendapatkan penjelasan turut tidak membuahkan hasil apabila panggilan tidak dijawab dan mesej WhatsApp juga tidak dibalas.
Sementara itu, Fyna Jebat juga turut gagal dihubungi apabila penyanyi itu bertindak menutup telefon.
Terdahulu, anak kepada Zainal Abidin, Zahira mendedahkan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna sejak dua minggu yang lalu.
Januari lalu, Fyna mengakui bahawa dia telah pun bernikah dengan Zainal sebagai isteri kedua namun tidak mendedahkan dengan lanjut mengenai butiran perkahwinannya itu.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply