Penyanyi cantik bernama Syazliana Tan Sri Abdul Karim pernah mewarnai dunia seni hiburan tanah air sekitar tahun 2000.
Sekalipun popularitinya tidak sehangat rakan seperjuangan yang lain seperti Siti Nordiana dan Syura, namun suara Syazliana yang lunak merdu ini masih kekal di ingatan para peminatnya.
Dengan membawa irama berentak etnik, Syazliana sempat keluar dengan 4 buah album sebelum menyepi dari dunia seni.
Syazliana mendapat perhatian peminat menerusi lagu tradisional seperti Joget Langkah Delapan, Bahaduri dan Cinta Laila.
Syazliana merupakan penyanyi yang digilap bakatnya oleh Pak Ngah dalam menyanyikan lagu irama Malaysia.
Siapa sangka, gadis yang mesra dengan panggilan Syaz ini sudah hampir 13 tahun meninggalkan dunia nyanyian.
Kenali siapa Syazliana
Lahir pada tahun 1986, anak ketiga dari lima beradik ini berminat menyanyi sejak alam persekolahan lagi.
Syazliana dikenali dengan tahi lalat manis bawah bibir dengan rupa paras cantik selain suara sedap.
Malah Syazliana mula menghasilkan dua albumnya, Singgahsana dan Demi Cinta ketika masih bersekolah.
Walaupun sibuk dengan karier nyanyian ketika itu, Syazliana tetap menamatkan pengajian Diploma Seni Bina Hiasan Dalaman di The One Academy, Bandar Sunway.
Malah dalam waktu sama Syazliana turut berjinak-jinak dengan bidang perniagaan, mengikuti jejak langkah bapanya sendiri Tan Sri Abdul Karim.
Lahir dalam keluarga berada
Ketika awal pembabitannya bergelar penyanyi, terdapat suara suara-suara ‘sumbang’ yang mengatakan Syazliana beruntung kerana dilahirkan di dalam keluarga berada dan sekaligus menjadi laluan mudah untuk dirinya.
Namun Syazliana berkata, dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata tersebut.
” Bagi saya, ini adalah hidup saya. Tidak kiralah saya dikatakan anak orang kaya atau sebagainya, yang penting saya ada hak untuk corakkan masa depan saya.” luahnya.
Menerusi semakan pihak Sinar2u, bapa Syazliana iaitu Tan Sri Abdul Karim merupakan seorang kenamaan dan pernah memegang jawatan Penolong Pengarah di Kementerian Kewangan.
Seorang netizen menulis di ruangan komen;
” Mmg tahu dia anak tan sri sebab dulu pernah beli majalah URTV ada tunjuk rumah family dia mmg besar giler..dalam bilik dia penuh gambar Tokti.. so dari situ tahula dia mmg anak org kaya..dia pun lemah lembut je orgnya” tulis Bunga Melor
Di mana Syazliana sekarang
Hampir 13 tahun meninggalkan dunia nyanyian, Syazliana seronok menjadi suri rumah selain memberi tumpuan kepada perniagaan hijab yang diusahakannya.
Syazliana yang pernah menghasilkan empat album sejak tahun 2001 menganggap industri nyanyian meriah dengan kehadiran artis baharu.
” Alhamdulillah kehidupan rumah tangga macam biasa.
” Memang sudah lama tak aktif menyanyi kerana tumpuan saya lebih kepada perkara lain termasuk perniagaan,” katanya.
Ketika aktif, Syazliana menghasilkan album Singgahsana pada tahun 2001; Demi Cinta (2003), Sinar Baru (2005) dan Syaz (2008).
Perkahwinan
Pada tahun 2014, Syazliana telah berkahwin dengan rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamaluddin, namun jodoh tidak kekal.
Menerusi semakan, tiada apa-apa berita atau penjelasan dari pihak Syazliana mahupun suami berkenaan punca perceraian.
Terbaru, pada 2022, menerusi perkongsian di Instagram Nona, Syazliana selamat melangsungkan perkahwinan buat kali kedua.
Syazliana sah bergelar isteri kepada Ezzat Zariff dengan sekali lafaz pada tanggal 22 Mei 2022.
Berdasarkan komen seorang netizen, suami Syazliana merupakan seorang juruterbang MAS.
” Syazliana berbudi bahasa tinggi, cantik manis & dapat pilot handsome. Macam pelakon Korea, Hyu Bin. Semoga kekal hingga ke Jannah..aamin” tulis Katarina.
Sumber Sinar2u
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply