Sedih Bila Dapat Mertua Macam Ni. Suami Dah Bagi Rm160 Ribu Untuk Buat Rumah Kampung. Tapi Akhirnya Macam Ni Lyanan Yang Menantu Dapat!

Aku dengan bekas husband aku dah berpisah genap 2 tahun. Dan kami Allah anugerahkan seorang anak. Aku kenal bekas-suami sejak form 4 lagi. Aku bukan kahwin dengan dia kenal sebulan dua, aku kahwin dengan dia lepas bertahun-tahun kawan.

Masa aku study dulu, aku pernah ber couple dengan bekas suami aku masa aku matriks sekejap, then kami break sebab aku sambung study luar negara. Lepas aku balik malaysia, aku contact balik bekas suami aku, sebab masing-masing tak ada calon, dicampur saki baki dulu pernah couple, kami ambil keputusan berkahwin.

Aku berkahwin dengan suami memang senang sangat. Mak abah aku bukan jenis jual anak. Walaupun aku bakal doktor, mak abah tak letak hantaran tinggi pun, mak abah aku tak nak susahkan keluarga bekas suami aku.

Sebab memang aku sedia maklum keluarga bekas suami bukan orang senang. Aku terima bekas suami aku dengan keluarga dia seadanya. Aku tak demand apa pun, awal kahwin kami sewa di kawasan perumahan kos rendah sebab masa tu bekas suami kata dia nak tolong keluarga.

Percaya atau tak, rumah aku tak ada katil, ada tilam sahaja sebab kami betul-betul nak berjimat sebab nak tolong keluarga bekas suami aku. Aku awal-awal okay, tak bangkang sebab bagi aku memang anak lelaki wajib tolong keluarga.

Bekas suami aku anak bongsu, kalau ikutkan abang-abang dengan kak bekas suami aku kerja bagus-bagus juga. Tapi bak kata bekas suami aku, abang dan kakaknya jarang membantu mak ayah di kampung. Konflik bermula bila tak sampai 3 bulan kahwin, mak mertua aku mengadu pada bekas-suami aku, katanya keluarga aku pandang hina keluarga bekas suami aku.

Sepanjang aku dalam keluarga aku, tak pernah lagi aku dengar mak abah aku hina orang, tapi bila dengar dari bekas suami aku yang bekas mak mertua aku menangis-nangis bercerita sebab sedih di hina keluarga aku, aku jadi percaya.

(Bila aku ingat balik, Ya Allah, berdsa betul pada mak abah sebab percaya cerita begini). Tak lama lepas tu, timbul isu bekas mak mertua aku nak rumah sendiri sebab rumah duduk sekarang ni rumah sewa. Jadi bekas suami aku yang masa tu masih lagi HO buatlah personal loan sebanyak RM170000 untuk nak bina rumah mak ayahnya dekat kampung. Masa tu kenduri sambut menantu tak buat lagi sebelah bekas suami aku sebab kami tak cukup duit.

Aku cakap pada bekas suami, tak perlu buat pun tak apa, aku tak kisah sebab aku tak nak hutang banyak-banyak just untuk satu hari yang lepas orang balik dari kenduri orang tak ingat pun baju yang aku pakai/ lauk yang kami hidang/ doorgift yang kami bagi atau pelamin yang kami duduk. Aku pagi suka bersederhana.

Jadi masa tu ada tiga isu timbul, mak aku hna bekas mertua, nak rumah dan kenduri. Selang beberapa minggu suami aku ambil loan, duit RM 160000 dia beri pada bekas-ayah mertua aku. Tak silap 10k suami aku ambil untuk rumah kami dan benda-benda lain.

Kisah bermula, kenduri aku sebelah bekas suami memang sangat meriah, lagi meriah dari rumah aku. Mungkin sebab anak bongsu atau mungkin sebab anak dan menantu doktor, jadi mak mertua aku buat sangat meriah. Aku terkejut sebab sepanjang persiapan aku jarang balik dengan bekas suami sebab kami sibuk sebagai HO. Kami balik 2 hari sebelum kenduri. Terkejut bukan kepalang. Tapi aku follow je la lead mak mertua aku.

Dalam masa nk berkenduri tu, mak mertua aku sebenarnya ada bagi hint untuk aku tolong suami aku tambah-tambah sikit personal loan dia untuk buat rumah tu, tapi bila aku bagitahu ayah dengan mak aku, memang marahlah ayah aku.

Sudahnya masa tu ayah aku carikan rumah dan suruh aku beli supaya aku ada ‘excuse’ untuk tak ambil personal loan untuk buat rumah tu. Masa tu aku perasan, mak mertua aku macam marah juga la aku sebab tak buat macam yang dia nak. Tapi sebab bekas suami aku tak cakap banyak pun pasal loan tu, jadi aku abaikan sajalah.

Special sikit pasal rumah tu, rumah tu saudara mara bekas suami aku juga yang buat. Aku tak tahu mana silap atau mungkin family bekas mertua aku confident yang aku akan ambil personal loan untuk tambah rumah tu, rumah tu tak siap sepenuhnya. Dapur tak siap, anjung tak ada, masa bekas mertua aku masuk, memang rumah tu macam terbengkalai.

Aku pun masa tu naik hairan macam mana duit RM160000 untuk rumah kampung tak cukup. Duit tu bukan untuk beli tanah, tapi memang untuk bina rumah sahaja. Sebab kalau kawasan rumah mak aku, RM 160000 boleh beli rumah teres satu tingkat yang ada 3 bilik. (Ini ikut tahun tu -2014)

Aku ni memang Allah beri rezeki dapat anak cepat, aku bunting pelamin. Jadi masa segala konflik ni jadi, aku tengah pregnant. Aku kalau balik dari rumah bekas mertua memang senang sangat air mata tumpah sebab apa yang aku rasa, bekas mertua aku tak pernah bersyukur pengorbanan aku dengan bekas suami.

Masa zaman tu, gaji HO campur dengan elaun baru RM 3700++ tak sampi RM 4k. Suami aku memang pakai kereta aku, tak pun dia pakai scooter yang dia beli masa mula kerja. Dia selalu cakap, “kita ringankan mak abah, nanti Allah ringankan kerja kita”.

Aku awal-awal memang ok saja, aku redha, tapi bila aku sedar yang bekas mak mertua aku langsung tak kisah pasal preparation kami untuk nak dapat anak, tak kisah kami makan pakai cukup, dari situ aku dah mula bengang dengan bekas mak mertua aku.

Aku memang perasan, even bekas suami aku anak bongsu, tapi abang kepada bekas suami aku ni boleh dikatakan anak kesayangan bekas mak mertua aku. Pernah sekali aku balik, aku nampak ada lauk dekat dapur, lauk tu mak mertua aku langsung tak hidangkan dekat aku dengan suami.

Lepas tu banyak kali bekas mak mertua aku cakap, dia tengah tunggu abang bekas suami aku balik kampung nak makan. Kesudahannya, abang bekas suami aku tak balik pun. abang bekas suami aku dengan isteri pergi ke Melaka masa tu.

Jadi fast forward, aku sangat stress dengan bekas mak mertua aku. Macam-macam isu timbul. Macam macam perkara jadi. Isu dapur tak siap tu, bekas mak mertua aku tiap kali balik je mesti akan bising sebab tak ada ‘kabinet’ dekat dapur.

Aku dengan bekas suami memang plan nak beli, tapi masa tu bajet kami terhad sebab nk sambut anak 1st kami. Last-last kakak sulung bekas suami sponsor dapur kabinet. Lebih sedih bila aku dengar sendiri dari mulut bekas mak mertua aku merungut “orang lain rumah cantik luar dalam ada anjung, kita rumah tak cantik tak mcm orang lain”. Aku masa dengar tu, memang menahan sedih.

Bila bekas mak mertua aku tak ada depan aku, aku terus menangis depan suami aku sebab aku rasa tak tahan sangat. Aku rasa aku deserve untuk dapat yang baik dari suami aku, tapi bekas mak mertua aku tak habis-habis nak perah bekas suami aku.

Bila bekas suami aku tak dapat bagi, dia cuba nak dapatkan dari aku. Akan ada babak-babak bekas mak mertua aku merungut-rungut dekat dapur nak itu ini, tapi depan bekas suami aku, bekas mak mertua aku akan cakap, jangan susahkan aku. Tapi belakang bekas suami aku, bekas mak mertua aku akan bising sebab bagi dia aku tak tolong anak dia nak sedia kan itu ini.

Sejujurnya masa aku berkahwin dengan bekas suami aku, aku tak pernah menabung, in fact duit bank aku sikit-sikit aku korek sebab nak tolong bekas suami aku. Kisah aku pregnant ni pun, banyak betul air mata aku jatuh. Aku pregnant bunting pelamin, truth to be told masa aku dapat tahu aku pregnant aku risau sangat sebab masa tu aku baru nak mula kerja HO.

Aku risau aku tak dapat nak balance kan antara kerja dengan anak. Aku masa awal dapat tahu pregnant, masa tu aku okay lagi dengan bekas mak mertua, aku ceritalah pada bekas mak mertua. Aku ingat kan dia sukalah sebab selalu in law ni mestilah suka nak dapat cucukan, korang tahu tak apa perkataan yang keluar dari mulut bekas mak mertua aku?

“Kenapa tak ambil perancang masa awal-awal ni?” Ya Allah, masa tu aku terkejut sangat, aku cuba husnuzon dengan bekas mak mertua aku. Aku ingat lagi masa aku salam tangan bekas mak mertua aku, masa nak balik tu dia pesan jangan kecoh-kecoh dekat orang aku pregnant sebab menantu anak kesayangan bekas mak mertua aku tak pregnant lagi. Takut nanti biras aku sedih dan kecil hati.

Tak habis dengan tu, aku bersalin tak cukup bulan sebab aku sibuk. Anak aku lahir masa 35 minggu. Aku masa tu posting medical. Antara posting yang paling stress dan paling busy. Ramai kawan-kawan aku yg pregnant sama dengan aku, semua bersalin tak cukup bulan.

Sedih memang sedih, bila kau terdengar sendiri bekas mak mertua kau boleh tanya dekat bekas suami kau, samada pernah terlanjur sebelum kahwin ke sebelum ni. Wallahi aku bukan perempuan macam tu. Mak abah aku walaupun bukan orang masjid, tapi aku tahu benda tu haram. Aku sedih sangat. Macam tu sekali ke bekas mak mertua aku pandang aku. Masa ni aku ingat semua yang dia tanya tu maybe sebab dia memang tak suka aku atau sebab dia malu… Tapi rupanya ada sebab lain.

Sumber ERA KINI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*