Hamil Anak Ke-6 Tanpa Dirancang, Suami Isteri Sepakat Gugurkan Kandungan Sebab Hidup Hanya ‘Cukup Makan’

Perkongsian seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Puan Siti menerusi satu panggilan telefon stesen radio baru-baru ini mengejutkan penyampai dan tetamu jemputan.

Menerusi video dikongsikan radio Zayan, Puan Siti itu menceritakan bagaimana kehidupan dia dan suami hanya ‘cukup makan’.

Disebabkan hal tersebut, suaminya berkata dia enggan memiliki anak lagi namun kuasa Allah menentukan Puan Siti hamil anak keenam.

scan baby

Pada mulanya mereka berdua nekad untuk teruskan kandungan sehingga saat melahirkan namun kemudian berubah fikiran selepas membuat kiraan komitmen.

Pasangan berkenaan akhirnya bersepakat untuk menggugurkan kandungan tersebut yang ketika itu berusia 6 minggu.

Tiga hari sebelum Raya saya telah menggugurkan anak saya. Adakah tindakan kami ini dikira membunuh?”

Tetamu jemputan mereka, Da’i Izzhar Nazri kemudian berpesan kepadanya untuk tidak meratapi apa yang telah berlaku kerana segalanya adalah aturan Allah SWT.

Bagaimanapun, dia dan suami perlu bertaubat dan menyesal serta beringat bahawa setiap anak yang dikurniakan olehNya sudah ditetapkan rezeki mereka.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*