“Tak Payah Sembahyang La Awak Tu Pel*cur” – Suami Tabligh Aniaya 2 Isteri Siap Paksa Jual Diri

Isteri mana yang suka hidup berpoligami? Lebih-lebih lagi kalau suami mempunyai tujuan selain daripada mengikut ajaran agama Islam.

Tular di media sosial, dua wanita dikenali sebagai Kak Nad dan Tyrah yang mendedahkan azab dianiaya oleh bekas suami yang juga didakwa sebagai penunggang agama.

Kak Nad juga mendakwa mereka diarahkan untuk tinggal sebumbung selain dipaksa tidur dan mandi bersama atas alasan yang tak masuk akal.

Termasuk kena mandi sekali sebab dia nak tengok kedua-dua isterinya mandi telanjang depan mata. Normal ke?

Kami kena duduk serumah itu satu hal, lepas tu kena tidur pula sekatil. Lepas tu nak disuruh buat hubungan bersama secara bertiga.

Lebih mengejutkan lagi, Tyrah mendakwa lelaki tersebut menyuruhnya untuk bekerja agar dia dapat membeli kereta Mercedes G Wagon buat dirinya.

Kalau awak isteri bersungguh-sungguh mencari duit, pandai buat content dengan jual produk supaya saya dapat beli G Wagon.

Jadinya, saya yang bekerja.

Suami halang buat ibadah, paksa isteri untuk jual diri

Tambahnya, tak cukup dengan permintaan merepek, bekas suami juga halang untuk dia menunaikan solat fardhu dan juga menuduhnya ada penyakit HIV.

Dia kata “Tak payah sembahyang la. Awak tu pelacur”.

Suami sendiri sanggup berkata seperti itu kepada saya. Kemudian saya tetap berkeras nak pergi.

Disebabkan berang, si suami menarik dan menyepak punggung Kak Nad sebelum diheret ke depan pintu serta dihalau keluar.

Lagi mengarut, dia menyuruh isteri-isterinya untuk menjual diri semata-mata untuk membayar hutang ceti haramnya yang membabitkan puluhan ribu ringgit.

Sementara itu, lelaki itu juga didakwa menciplak produk milik Tyrah dan masih tidak mahu memadam video kolaborasi antara mereka walaupun sudah bercerai.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*