
PELAKON Riezman Khuzaimi terpaksa bergantung kepada penggunaan pendakap leher akibat penyakit slip disc yang dialami sejak April lalu.
Kata Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, dia mula mengesan penyakit tersebut apabila tiba-tiba terasa sakit di bahagian tengkuk ketika bangun untuk bersahur pada Ramadan lalu.
“Saya mula kena seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh gerak dan tak rasa apa-apa
Riezman dinasihatkan untuk tidak melakukan pembedahan.
“Mulanya ingatkan sakit saraf dan pergi ke klinik. Kemudian saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan doktor sahkan saya mengalami masalah slip disc,” katanya kepada mStar.
Riezman ditemui ketika majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Kata aktor ini lagi, faktor yang menyumbang kepada berlaku masalah ini berkemungkinan akibat aktiviti hariannya yang selalu menghadap skrin komputer dan telefon pintar.
Riezman bagaimanapun dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembedahan kerana berisiko mengancam nyawanya.
Saya mula kena seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh gerak dan tak rasa apa-apa.
“Mungkin disebabkan postur badan selalu menunduk menyebabkan berlakunya masalah ini. Kata doktor ramai yang mengalami isu begini.
“Disebabkan sakit ini pada bahagian tengkuk doktor tak nasihatkan untuk buat pembedahan. Kalau bedah keberangkalian sembuh 50-50… itu juga boleh mengancam nyawa.
“Jadi sekarang ini memang saya buat fisioterapi sahaja. Penyakit ini boleh sembuh tapi ia juga boleh datang kembali pada bila-bila masa,” jelasnya.
Sementara itu, Riezman mengakui kesakitan yang ditanggung sedikit sebanyak mengganggu emosinya kerana dia kini menjadi seorang yang cepat marah.
Riezman terpaksa bergantung kepada penggunaan pendakap leher.
Dia juga tidak lagi boleh melakukan aktiviti kesukaan seperti menunggang motosikal dan terpaksa mencari hobi bersesuaian.
“Awal-awal dahulu memang sangat emosi. Rasa nak cepat marah. Maklumlah apabila tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri secara tiba-tiba.
“Sekarang ini saya terpaksa tukar aktiviti harian. Dah tak boleh nak ride sebab halmet berat dan boleh beri kesan,” jelasnya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply