Saya baru saja berkahwin, tak sampai dua bulan. Tetapi macam-macam dugaan yg berlaku. Kami perkahwinan jarak jauh (PJJ), dia kerja di selatan dan saya kerja di pantai timur. Saya ambil cuti tiga hari utk bercuti bersama-sama isteri.
Pada hari ketiga, ketika saya sedang menemani isteri di pejabat dia, saya tergerak hati utk meminjam dan menggunakan komputer dalam pejabat isteri. Saya ternampak satu folder ‘Loving U’. Dgn perasaan ingin tahu dan teruja sebab menygka dalam folder itu gambar saya dan isteri, saya buka.
Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali apabila melihat gambar lelaki yg tak dikenali memeluk erat isteri dan banyak gambar tak senon0h. Gambar paling terbaru, seminggu sebelum kami nikah. Apa yg saya mampu ucapkan hanyalah ‘Allahuakbar’.
Sejurus selepas itu, saya terus memanggil isteri. “Sayg, apa ni?” Dia terdiam dan memang kami bertekak mulut. Tetapi saya tidak memukvl, menamp4r atau menyentuh dia dgn kasar. Saya akui saya memang marah pada ketika itu walaupun saya bukan jenis yg suka marah.
Saya marah sangat-sangat sehingga saya menendang pintu almari sampai kemek pintunya. Isteri pula gundah gulana dan serba salah. Saya tenangkan diri dan meminta penjelasan darinya. Dia cerita bahawa lelaki itu adalah teman lelaki baru dia dan gambar-gambar tak senon0h itu semua adalah sebelum kahwin.
Selama ini dia menipu saya. Dia kata pergi bercuti dgn kawan perempuan, rupanya dia keluar dgn lelaki itu. Hancur luluh hati saya bila terkenang gambar-gambar itu. Saya hanya mampu menangis semahu-mahunya.
Saya tanya dia lagi, dia mengaku yg dia masih menghubungi lelaki itu tetapi tidak pernah berjumpa lagi semenjak sudah berkahwin. Dia dalam dilema, dia saygkan lelaki itu tetapi dia berkahwin dgn saya sebab saya sudah kenal keluarga dia.
Saya dan isteri sudah kenal dan bercinta lima tahun. Sedangkan dia dgn teman lelaki dia itu baru kenal, tak sampai setahun. Ikutkan hati, memang saya mahu pecah-pecahkan muka lelaki itu. Tetapi apa yg saya dapat? Kepuasan? Lepas amarah?
Selepas kejadian itu, saya diam seribu bahasa sehingga ke malam sebelum dia menghantar saya ke terminal bas utk pulang ke pantai timur. Dalam perjalanan ke terminal, saya bertanya,
“Jadi, macam mana dgn hubungan kita?” dgn nada perlahan dan sebak. “Entahlah. Ikut abanglah macam mana,” jawab isteri. Memang keluar semahu-mahunya air mata jantan ini. Saya setia dgn dia selama lima tahun sehingga diijabkabulkan. Tak pernah ada nama lain dalam ruang hati saya, hanya isteri saja yg bertakhta di hati.
Walaupun dia degil, keras kepala tetapi saya tetap tahu yg satu hari nanti dia boleh berubah dan saya akan mengubah dia. Memang saya takkan mencer4ikan dia sebab tujuan saya bernikah adalah utk mengubah dan membimbing dia ke jalan yg benar. Itu niat saya nikah lillahitaala.
Selepas dia berkata begitu, saya bertanya lagi. “Do you love that guy?”, “I don’t know…” jawabnya. “Please sayg, lupakan dia dan kita fokus pada hubungan kita?”, “Abang nak sayg lagi walaupun abang tahu macam mana sayg?” soalnya.
“Yes! I always wanted you. Abang sentiasa saygkan sayg. Abang tak ada orang lain dah selain sayg. Kesilapan sayg sebesar mana pun, abang maafkan. Apa jua kesalahan yg sayg buat, abang akan maafkan. Tetapi abang nak sayg tahu payah dalam dunia ini utk mencari perempuan macam sayg,” jawab saya pada soal dia.
Lima tahun saya bersama dgn dia, saya tahu sifat-sifat dia, sikap dia, manja dia, rajuk dia. Saya nampak both side of her now and I choose to remain beside her and saya sebagai suami akan membimbing dia agar tidak terus berd0sa.
Kadang-kadang, entahlah. Saya pun terfikir macam mana Allah boleh bagi saya setenang mungkin utk tidak memukvl isteri, saya mampu memaafkan dia, berikan peluang kedua dan tak cer4ikan dia. Mungkin sebab saya sayg dia sangat-sangat dan niat saya berkahwin dgn dia. Tetapi dia tidak tahu, dia tak nampak semua itu.
Sekarang, Alhamdulillah, saya dah ajak isteri solat taubat dan dia pun sudah bersungguh-sungguh meminta maaf pada saya. Doakan saya berjaya utk bercinta kali kedua dgn isteri saya selepas bernikah.
Jadi, dayvskah saya bila saya tak buat apa-apa, sekadar berperang mulut dan nasihatkan isteri saja? Saya cuma anggap ini dugaan dalam rumah tangga saya.
Ini pula kisah ke dua yg lebih mendebarkan. Assalamualaikum wbt semua… Kisah aku ni nak dikatakan berat ke tidak, tak tahu lah. Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita. Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah utk bercerita.
Kisah berlaku 3 bulan lalu bilamana kisah aku cvrang (aku isteri) dgn lelaki lain kantoi dgn suami sendiri. Kecvrangan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku terlanjvr. Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah terlanjvr dgn lelaki bujang tersebut.
Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’. Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yg petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba2 utk ‘test market’. Ya, dia bujang dan early 30. Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dgn dia.
Dia selalu kacau2 aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yg aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun. Ya, itu semua ayat syaitan yg menghasut. Aku hanyut dgn pujian.
Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yg setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang. Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun.
Walaupun suami aku bukan lah suami idaman wanita diluar sana kerana dia tidak pandai memujuk malah kita yg sering memujuk hati sendiri, tapi dia seorang ayah dan suami yg bertanggungjawab. Terlalu saygkan anak2 sehingga sanggup apa saje demi anak.
Tidak tahu dimana silapnya bila aku terjebak dgn kecvrangan. Walaupun aku dan suami sering tidak sependapat, mungkin dari situ aku mencari kebahagian diluar. Yelah, ada orang memuji, ada orang memujuk. Itu semua cara syaitan utk menyucuk.
Suami tetap begitu, mudah melenting, walaupun hanya perkara kecil. Aku sudah lali, sehingga kadang mengalah sebab selalu dijadikan alasan utk tidak menjadi isteri derhaka ( tapi dalam diam aku menjadi nusyuz di belakangnya).
Okay berbalik pada kisah aku kantoi, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu utk tidak memperbesarkan hal ini. Maksudnya, aku taknak dia belasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan taknak aib aku tersebar dan menyebabkan emosi aku dan anak2 terganggu.
Di saat itu, hari2 aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari2, emosi terganggu tambah2 dia ada event penting ketika itu, berat badan nya susut teruk, aku pun terpalit sama. Emosi terganggu teruk, mata bengkak berhari2. Aku betul2 insaf dgn perkara ini.
Nak di jadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diriku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami ku walaupun mula2 suami ragu. Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘bvang dalam’.
Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dgn ugutan suami. Saat itu kami betul2 putus hubungan walapun 1 tempat kerja. Dia block aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya.
Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dgn berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan. Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja.
Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dgn syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi. Dia tak sanggup mencer4ikan aku demi kasih sayg dan anak2. Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahmati Allah.
Tetapi malangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami bergaduh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut. Kadang2 aku rasa hilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dgn lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu.
Suami seakan2 mereka2 cerita tentang kami yg mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan ugut ingin bawa aku jumpa dgn lelaki tersebut. Aku bingung. Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dgn diri sendiri utk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dgn aku. Sedangkan boleh dikatakan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dgn lelaki tersebut.
Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit suruk handphone atau password, jadi mudah utk suami check senyap2 sekali pun. Aku dah tak takot. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri. Dgn alasan ada urusan dgn informer ( lelaki scandal aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang2 cerita.
Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Emosi terlalu s3nsitif. Suami masih lagi dgn sikap baran. Kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara. Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan di pujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yg tinggi dan lapangkan dada utk menerima ujian ini.
Suami tetap begitu, bila dia tengok aku sedikit dingin (sebab merajuk kita pun lost topic la kan), tapi kita tetap masak, layan dia makan, tapi nanti dia akan tunjukkan sikap seolah2 salah kita sebab dingin.
Jadi mula la bila nak ke tempat kerja, kita hulur tangan salam pun, dia acuh tak acuh. Dari biasa k1ss terus tak nak k1ss. Perkara sebegini biasa berlaku di mana, kita yg nak merajuk akhirnya jadi salah kita jugak sebab berdosa dingin dgn suami.
Aku manusia biasa, ada perasaan, aku tak mintak di pujuk beriya2 dan tak pernah dapat pun. Aku faham tu sebab dia bukan macam tu orangnya. Tetapi sekurang2nya faham perasaan aku. Aku merajuk, takkan nak tiba2 buat ramah mesra borak macam tak de ape2.
Aku bangun tengah malam menangis meratap dgn Allah je kekuatan aku sekarang. Bila asal bergadvh aku mula takot, takot akan dipersalahkan. Tak pernah lagi bergadvh suami yg salah, kebanyakan salah nya datang dari aku. Aku la yg derhaka, aku la nusyuz, aku la isteri berd0sa.
Tapi bila dalam keadaan macamni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yg dulu. Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila bergadvh hal lain. Kadang2 aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yg sama seksa perasaan aku mcmni?
Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yg buat salah, kita jugak yg akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derhaka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara. Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kantoi cvrang ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu.
Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati.. tapi kadang aku kalah. Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derhaka.. Sebab apa sahaja yg aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia kejut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.
Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu.
Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yg baik, berusaha utk jadi baik. Tapi tak boleh kah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku… Perlukah aku berpisah sahaja utk kebahagiaan diri ku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi utk tidak terus dilabel derh4ka dan ingin hidup bahagia..
– Zarine (Bukan nama sebenar). Sumber KRT & iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply