Tindakan Jemaah Wanita Negara Jiran Mandi Guna Air Zam Zam Di Kawasan Terbuka Tanah Suci Raih Perhatian

Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka kerana menggunakan air zam zam untuk mandi selain dilakukan secara terbuka hingga menyebabkan pakaian yang basah melekat pada badan.

Pada musim haji tahun ini, pasti kebanyakan jemaah dari seluruh dunia sudah mula berada di Tanah Suci, Mekah untuk menjalani ibadah tersebut.

Oleh itu, pasti banyak video mahupun gambar yang telah dimuat naik ke dalam media sosial oleh para jemaah di sana untuk tatapan ahli keluarga lain ataupun sebagai kenangan.

Perkongsian video seorang jemaah wanita di Tanah Suci curi tumpuan ramai.

Pun begitu, baru-baru ini perkongsian satu video di media sosial daripada salah seorang jemaah wanita dari negara jiran, Indonesia telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @indah..chemmank, kelihatan sekumpulan jemaah wanita di Tanah Suci, Mekah yang sedang mandi di sebuah kawasan terbuka.

Menurut wanita itu, dia berasa syukur kerana diberi kesempatan untuk bermandi di Tanah Suci bersama beberapa jemaah wanita lain sepuasnya.

Sekumpulan jemaah wanita mandi di tempat terbuka, dakwa guna air zam zam.

Apa yang mencuri tumpuan, mereka yang dilihat mandi di tempat terbuka mendakwa bahawa air yang digunakan itu merupakan air zam zam.

“Alhamdulilah dapat kesempatan mandi langsung di tempat air zam zam dengan sepuasnya, MasyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan mereka kerana tidak menjaga batas apabila pakaian yang dipakai basah dan melekat pada badan selain menggunakan air zamzam untuk mandi.

Pun begitu, ada yang merasakan kenyataan wanita itu adalah tidak benar kerana kawasan tersebut bukanlah tempat air zam zam selain air yang digunakan itu juga bukanlah air tersebut.

Zamzam sabeel boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi

Menerusi satu lagi hantaran video di laman TikTok miliknya, wanita itu mendakwa bahawa mereka mandi di kawasan air zamzam sabeel di mana air tersebut boleh digunakan untuk membersihkan diri atau berwuduk oleh para jemaah.

Bagaimanapun, jemaah wanita tidak digalakkan untuk mandi di sana kerana bahagian aurat mereka lebih mudah terdedah berbanding jemaah lelaki apatah lagi ia dilakukan di kawasan tersebut.

Sumber TT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*