
KEJAM. Seorang lelaki sanggup menikam, menoreh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Selangor pada 24 Mei, selepas berlaku perselisihan faham tentang kehamilan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun dipercayai membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta ke kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 10 malam.
Menurut beliau, suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.
“Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaan untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Iltizam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Agus Salim berkata, sebelum kejadian, berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa sehingga mati.
Tambah beliau, suspek turut membakar mayat mangsa sebelum pulang ke rumah.
Katanya lagi, namun suspek datang semula ke tempat kejadian keesokan harinya.
“Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol,” kata beliau.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply