Tular Video KJ Didakwa Sindir PM…Johan Akhirnya Dedah Apa Yang Yang Akan Terjadi Kepada KJ!

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM iaitu Johan enggan mengulas lanjut kecaman diterima susulan video tular segmen Bekpes Hot yang diperkatakan mempersenda Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya menjalankan tugas sebagai penyampai, Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz, 40, berkata isu berkenaan seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan stesen berkenaan.

size NP 1 - 2024-09-10T192236.969

Johan hanya menjalankan kerja sebagai deejay.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya kepada mStar.

Johan ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah-Long yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada pagi Isnin, tular video menyaksikan rakan penyampai iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) didakwa sengaja mempersendakan manifesto yang pernah dibuat oleh PMX.

Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat, KJ mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.

“Sedara-sedara, hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai!” katanya.

Gurauan spontan KJ itu disambut dengan gelak tawa Johan serta seorang lagi rakan penyampai iaitu Fara Fauzana.

size NP 1 - 2024-09-10T192736.269

KJ didakwa sengaja mempersendakan manifesto yang pernah dibuat oleh PMX.

Ramai yang kurang senang dengan perbualan mereka ketika itu yang mengendalikan segmen berkenaan.

Menerima komen berkenaan dengan hati terbuka, Johan juga menganggap ia sebagai satu peringatan agar tidak terlalu selesa dalam menjalankan tugas.

“Saya dah lama dalam industri. Sudah pelbagai yang saya tempuhi.

“Perkara begini saya anggap Allah jentik supaya beringat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*