Manangis Tiap Mlm Ingin Khwin Dgn Tyzo, Akhrnya Tyzo Bongkar Rahsia.. Ini Punca Dia Tak Sanggup..

Penyampai radio, Tyzo Xander belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah terbiasa hidup membujang.

Menurut laporan Harian Metro, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris terkejut dengan pendedahan cinta yang dibuat usahawan terkenal yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli.

Tyzo Xander belum bersedia

Tyzo Xander belum bersedia
“Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.
“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.
“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” katanya.

Ujar penyampai radio IKIMfm yang berusia 48 tahun itu lagi, status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak bukanlah menjadi satu masalah namun, dia mahu fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.

Tyzo Xander belum bersedia

“Perjalanan karier saya pun masih ‘bertatih’ lagi buat masa ini selepas apa yang berlaku pada awal Januari lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk memberi lebih fokus pada karier penyampai radio yang digalas ini.
“Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi. Macam yang saya cakap, saya masih perlukan masa berfikir kerana kalau nak kahwin biarlah lama dan bukan cuma seminggu dua saja,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Lydia Rosli akui pernah ada perasaan cinta menebal terhadap Tyzo malah berniat mahu mendirikan rumah tangga bersama lelaki tersebut.

Dia juga menangis pada setiap malam apabila mengenangkan cinta yang seakan-akan tidak dibalas namun, kini hanya berserah kepada takdir yang ditetapkan Tuhan.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*