Kantoi Curi Rantai Emas, Keluarga Mangsa Terakam Bukti Kejadian

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Tak sangka rakaman video keluarga di Jom Heboh Shah Alam menjadi bukti kejadian kecurian rantai emas pada anak sendiri.

Itu yang berlaku kepada pemilik akaun Tiktok _Cheykaa apabila dia berjaya merakam kegiatan tidak bermoral tersebut.

Video berdurasi 17 saat itu jelas memaparkan 2 wanita bertudung labuh mencuri rantai leher seorang kanak-kanak.

Menurut Cheykaa, anak buahnya memakai hitam dan salah seorang wanita memotong rantai tersebut dan terus menghilang.

Memang pantas ye pencuri tu ragut emas anak kecil tu. Nasib baik memang kebetulan sangat keluarga mangsa berjaya rakam.

Ramai nak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Alhamdulillah, pencuri tersebut telah ditangkap dan Cheykaa sendiri ada berkongsikan perkembangan terkini kejadian tersebut.

Wanita tersebut telah ditangkap namun rantai emas tersebut masih hilang.

“tak mengaku dia ambik , putar belit cerita habis , rantai dia dah past dekat mak dia dalam beg takda rantai .. sampai kebalai mak dia takdatang jugak .. call semua tak angkat .. kes dalam proses lagi..doakan anak buah saya masih ada rezeki “

“ENDING takdapat rantai taktahu dia past dekat siapa , tapi peragut dah ke lokap , masih dalam siasatan rantai dia past dekat siapa . doa yang baik baik 🤲🏻”

Bahaya betul sekarang, dekat ramai orang pon berani dia buat kerja macam tu.

Tak pasal-pasal masuk lokap kan. Apa pun, kita harap semuanya dipermudahkan buat keluarga mangsa.

Video,

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*