Fazura ada ‘rahsia besar’ – Fattah Amin

SHAH ALAM – Masih menjaga aib, pelakon Fattah Amin mengakui mempunyai rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura yang kekal disimpan sehingga ke hari ini.

Kata Fattah atau nama asalnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, perkara tersebut enggan didedahkan kerana menghormati perjanjian yang termaktub dan dipersetujui di mahkamah.

“Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.

Saya masih simpan satu rahsia besar dia - Fattah Amin - Utusan Malaysia

“Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib),” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam hari ini.

Pelakon filem Pendekar Awang itu berharap perkara yang mencetuskan spekulasi liar atau yang boleh membuka aib tidak sebarkan kepada pihak luar.

Katanya, dia enggan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya bakal berdepan perasaan tidak selesa apabila sudah dewasa kelak.

“Memalukan kita semua terutamanya anak saya nanti dia besar tengok mummy daddy dia bergaduh, saya tak nak dan kasihankan dia,” ujarnya lagi.

Fazura ada 'rahsia besar' - Fattah Amin - Kosmo Digital

Hari ini, perkahwinan Fattah dan Fazura ternokhtah sebaik aktor itu melafazkan talak satu ketika prosiding kedua sebutan permohonan cerai yang diajukan bekas isterinya.

Selepas sah bercerai, Fazura mengesahkan spekulasi yang pernah dinafikan iaitu Fattah berlaku curang selain culas menunaikan tanggungjawab.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*