
KETIKA namanya kembali menyinar di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), kehidupan peribadi penyanyi Zehra Zambri turut mula menjadi perhatian peminat.
Dalam kesibukan bertanding di musim ke-11 program itu, timbul pula dakwaan perkahwinannya dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dilanda badai apabila suaminya memadam foto mereka bersama di Instagram.
Zehra, 38, bagaimanapun menjelaskan suaminya tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum.
“Dia ‘archive’ sahaja gambar-gambar di Instagram sebab dia tidak suka ditanya kawan-kawan tentang dunia artis sebab tidak meminati bidang seni.
Zehra mendapat restu suami untuk menyertai GV11.
“Saya hormati pilihan suami dan sebelum ini memang kami hidup dengan penuh privasi.
“Perkahwinan kami pun tidak mudah sebab ada juga konflik kekeluargaan,” katanya kepada mStar.
Zehra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV11 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Zehra memberitahu sepanjang pembabitan dalam GV11, suaminya menolak menonjolkan diri kerana dia bukan anak seni.
Pun begitu, itu bukan bererti dia tidak menyokong karier seninya sebaliknya tidak selesa menjadi perhatian.
“Sepanjang saya masuk ke GV11, suami saya tidak suka diberi perhatian. Dia bukan anak seni, tidak faham dunia glamor itu bagaimana.
“Namun saya menyertai GV ini dengan restu suami juga, pada awal minggu memang dia temani saya tetapi lama-kelamaan saya ambil keputusan untuk diuruskan oleh ahli keluarga sahaja.
“Suami memang menolak untuk menonjolkan diri kerana dia risau kehidupan keluarga tidak ada lagi privasi. Katanya biar saya seorang ke hadapan,” ujarnya.
Dia ‘archive’ sahaja gambar-gambar di Instagram sebab dia tidak suka ditanya kawan-kawan tentang dunia artis.
ZEHRA ZAMBRI
PENYANYI
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 Novemver 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Dalam perkembangan lain, Zehra berpuas hati mendapat kedudukan kelima di pentas akhir GV11 malah tidak ‘bermimpi’ bergelar juara.
Zehra berpuas hati dengan kedudukan kelima di pentas akhir GV11.
Sebaliknya, fokusnya adalah untuk memberikan persembahan terbaik buat penonton.
“Sewaktu dapat melayakkan diri ke peringkat akhir, saya meletakkan diri di kedudukan paling rendah kerana semi final saya berada di tempat kedua akhir.
“Jadi saya tidak meletakkan harapan tinggi di pentas akhir dan hanya ingin memberikan persembahan sehabis baik,” katanya.
Gelaran juara GV11 dimenangi oleh penyanyi Liza Aziz manakala Ning Baizura pula muncul selaku naib juara dan tempat ketiga milik Sheila Abdul.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply