Pernah Muncul Dalam GV5 Bersama Zamani, Begini Rupanya Keadaan Penyanyi Ini Sekarang!

Penyanyi Farawahida, 37, mengakui teringin menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu, namun reda dengan ketentuan bahawa rezeki itu masih belum tiba.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali berkata, dia sudah berusaha sebaik mungkin tetapi enggan terlalu tertekan memikirkan soal zuriat.

Saya Masih Bahagia” - Farawahida - Hiburan | mStar

“Belum ada rezeki, doakan saya ya. Ini memang impian saya, tapi saya tak tetapkan sebarang sasaran umur. Siapa yang tak mahu, bukan?” katanya.

Menurutnya, dia dan suami telah menjalani pemeriksaan dengan pakar, dan hasilnya menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Kami sudah berjumpa pakar dan alhamdulillah, semuanya baik. Kalau nak stres pun, rasanya tak perlu. Saya lebih memilih untuk menikmati hidup dan mungkin rezeki itu akan datang pada waktu yang tepat. Wallahualam.”

Hanya dengan sekali lafaz, Farawahida selamat diijabkabulkan sekali lagi

Farawahida ditemui ketika pelancaran drama Demi baru-baru ini, di mana dia turut mempersembahkan lagu terbaharunya berjudul Aku Tak Sempurna, yang merupakan runut bunyi drama tersebut.

Dia berharap lagu itu dapat membantu mengembalikan momentum dalam kerjayanya sebagai penyanyi.

“Sebenarnya, tawaran menyanyi memang sentiasa ada. Saya anggap lagu ini sebagai pertaruhan untuk ‘comeback’ dalam industri muzik.”

Sebelum ini, penyanyi lagu Tanpamu itu berkahwin dengan Zulkifli Alias

Sumber RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*