
PELAKON Linda Hashim mendedahkan anak sulung iaitu Jelita Clarissa mengetahui hasratnya untuk memfailkan cerai terhadap suami, Beego.
Kata Linda, 41, anaknya itu yang kini berusia 11 tahun memberikan sokongan penuh terhadap apa jua tindakan yang ingin dilakukan.
“Jelita ada tanya bila saya nak bercerai? Saya tak cakap apa-apa, tetapi mungkin ada rakan-rakannya beritahu yang saya pergi ke mahkamah. Mungkin mereka membaca berita.
“Saya minta maaf dan katakan yang saya ada masalah. Tetapi, Jelita tak menghalang. Dia cakap tak mengapa, buat sahaja apa yang terbaik, janji saya gembira,” katanya sambil menahan sebak.
Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus prosiding cerai dia dan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kes cerai Beego dan Linda Hashim tiada penyelesaian, mahkamah arah lantik wakil Jawatankuasa Pendamai
PASANGAN selebriti Beego dan Linda Hashim diarah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes penceraian mereka.
Perkara itu diputuskan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat yang mendengar kes itu pada pagi Khamis.
Ia susulan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, tidak bersetuju dengan permohonan Linda untuk bercerai.
Aktor itu memberitahu bakal melantik ibunya sebagai wakil JKP yang bakal berlangsung pada 23 April depan.
Beego melantik ibunya sebagai wakil JKP bagi prosiding cerainya.
“Apabila mahkamah tanya setuju atau tidak untuk bercerai saya beritahu tidak setuju.
“Jadi saya merancang untuk melantik ibu saya sebagai wakil JKP selepas ini,” katanya kepada mStar.
Beego berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sementara itu, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, pula memaklumkan akan melantik salah seorang ahli keluarganya sebagai wakil JKP.
Sedar proses penceraiannya akan mengambil masa panjang, Linda bagaimanapun sudah bersedia menghadapi perkara itu memandangkan sudah lama dia bersabar dengan sikap Beego.
“Saya memang sudah tahu dia susah nak lepaskan saya. Saya akan ikut semua prosedur mahkamah dan akan berjuang sampai ke akhirnya.
“Lagipun sudah bertahun saya bersabar… Tahan sikit untuk beberapa bulan lagi, saya okay sahaja,” katanya.
Saya akan ikut semua prosedur mahkamah dan akan berjuang sampai ke akhirnya.
LINDA HASHIM
PELAKON
Pada pagi Isnin, Linda hadir bersama peguamnya iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin dan tetap dengan pendirian mahu berpisah.
Manakala Beego diwakili peguam Muhammad Akmal Amzan kekal mahu pertahankan rumah tangga dibina bersama Linda.
Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.
Linda nekad untuk bercerai dengan Beego walaupun mengambil masa panjang.
Pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply