Tular Foto Bertunang, Akhirnya Sharnaaz Ahmad Bersuara!

PELAKON Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan kononnya dia sudah menamatkan zaman dudanya apabila memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya.

Menjelaskan kekeliruan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basri Ahmad, 38, berkata, perkongsian yang dibuat itu sekadar gurauan.

“Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar pada Selasa.

sharnaaz 2

Sharnaaz menyangkal dia sudah menamatkan zaman dudanya.

Cerita pelakon itu sudah berkahwin hebat diperkatakan apabila mereka berpakaian sedondon iaitu biru muda ketika duduk di atas pelamin.

Anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden, 5, turut kelihatan dalam foto berkenaan.

Lebih menguatkan spekulasi, Sharnaaz turut menulis kapsyen dan tanda pagar seolah-olah dia kini sudah kembali bergelar suami.

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda,” jelasnya.

Bagaimanapun aktor ini sudah memadam gambar tersebut selepas beberapa minit ia dimuat naik

sharnaaz 3

Sharnaaz hadir bersama pelakon Amelia Christie ketika tayangan perdana Polis Evo 3.

Sharnaaz sebelum ini terbuka berkongsi tentang hubungannya bersama pelakon Amelia Christie dan memberitahu mereka masih dalam fasa berkawan.

Mereka hadir dan jalan bersama ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya iaitu Polis Evo 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Noor Nabila oada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*