Bukan 5 Tapi 11 Kali! Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Turut Curang Dengan Darah Dagingnya Sendiri!

SUDAH lama memendam rasa, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya Aliff Aziz berlaku curang sebanyak 11 kali dibelakangnya.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia tidak bercakap kosong sebaliknya mempunyai segala bukti perbuatan Aliff terhadapnya.

“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu,”katanya kepada mStar.

bella 6

Bella kesal dengan sikap suami sendiri.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis buka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.

Lebih mengejutkan, Bella juga mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya sendiri iaitu, Eriqa Astillah.

Malah lebih parah lagi, dia bertindak membuang adiknya dan memihak kepada Aliff.

“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya semdiri iaitu Eriqa.

“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu sesiapa mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bongkar,” luahnya.

Menurut Bella, hubungan mereka dapat dihidu ketika dia dan Aliff mengerjakan umrah pada 2022.

Paling teruk dan saya kesali, saya buang adik sendiri, tak buang Aliff
BELLA ASTILLAH
PELAKON
Disebabkan itu dia dan ahli keluarga lain memutuskan hubungan dengan adiknya dan tidak lagi pulang ke kampung halaman.

“Sebenarnya ketika kami buat umrah, ada mesej minta doakan hubungan mereka.

“Dia ada temankan Aliff ketika dia menyertai Gegar Vaganza. Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya.

bella 4

Bella sudah lama menghidup sikap curang Aiff.

“Fasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Paling teruk dan saya kesali, saya buang adik sendiri, tak buang Aliff,” luahnya.

Sebelum ini, nama Bella menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna TikTok menggunakan nama @edisiumat, akaun tersebut memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

Bella yang mengakui perkarq itu bagaimanapun menjelaskan dia ‘menggunakan’ Muaz demi membuatkan Aliff cemburu susulan dia berlaku curang dengan dua wanita.

bella 5

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secar ekspres namun dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*