
USAHAWAN Noor Nabila berang apabila didakwa pergi bercuti hanya bersama bekas suami iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak lelaki mereka di Perancis baru-baru ini.
Menjawab mengenai tuduhan itu, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 41, menjelaskan percutian mereka turut ditemani dua individu lain tidak didedahkan identiti mereka.
Tegas Nabila, mereka juga tidak tinggal sebilik seperti didakwa sebaliknya menyewa sebuah rumah sepanjang berada di Perancis.
Percutian Sharnaaz dan Nabila jadi perhatian.
“Bawa anak bercuti bersama. Kita ini datang bercuti lima orang, duduk serumah bukan sebilik,” jelasnya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Nabila berharap agar netizen tidak terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain sedangkan diri sendiri tidak terurus.
Malah dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah membuat spekulasi dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial.
“Jadi tolong jangan nak menghakimi sangat, jadilah netizen yang bijak, berpelajaran dan beradab!
“Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini. Kalau korang tahu sangat masa depan, lebih baik korang atur hidup sendiri, bukan nak tentukan hidup orang,” luahnya.
Hantaran Nabila mengenai spekulasi yang hangat diperkatakan.
Sebelum ini, kemesraan Nabila bersama Sharnaaz semasa bercuti di Perancis mengundang pelbagai spekulasi netizen.
Malah ada berharap mereka dapat kembali sebagai pasangan suami isteri demi anak lelaki mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad, 7 tahun.
Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply