Kecoh Penyanyi Bersekedudukan Dengan Suami Orang, Nadeera Zaini Akhirnya Tampil Selepas Nama Dipetik

KECOH di media sosial dakwaan penyanyi sebuah program realiti televisyen dipercayai bersekedudukan dengan suami orang, tidak semena-mena nama Nadeera Zaini antara dipetik netizen.

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, mengakui terkejut dengan khabar angin tidak masuk akal itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya individu itu bukan saya dan tiada kena mengena dengan saya.

nadeera 1

Antara komen yang menyebut nama Nadeera di ruangan komen.

“Saya tak tahu tentang cerita ini, ia tiada kena mengena dengan hidup saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Enggan mengambil tahu mengenai kisah rumah tangga orang lain, Nadeera memberitahu dia kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier seni.

Malah, fokusnya kini adalah untuk memenuhi harapan ibu bapa yang mahu melihat dia berjaya mencapai cita-cita.

“Saya hanya fokus tentang kerjaya saya dan mahu merealisasikan impian serta harapan ibu bapa saya,” ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan penyanyi sebuah program realiti televisyen didakwa bersekedudukan dengan suami orang.

Susulan dakwaan rata-rata netizen menyebut nama Nadeera memandangkan penyanyi berkenaan baharu sahaja membeli mikrofon.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*