Masih Ingat Waheeda? Ini Keadaan Terkini Penyanyi ‘Wassini’ Selepas 15 Tahun Menyepi!

‘Ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini..’ Masihkah anda ingat kepada penyanyi bersuara lunak merdu yang melantunkan lagu popular berjudul Wassini sekitar 23 tahun yang lalu?

Waheeda, penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Wassini” pada tahun 2003, telah mengumumkan kemunculan semula dalam industri muzik selepas hampir 15 tahun menyepi. Kini berusia 45 tahun, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, merancang untuk melancarkan lagu baharu serta terlibat dalam beberapa projek sebagai komposer, pemuzik, dan pencerita.

WAHEEDA ‘Wasini’ Masih Berjiwa Seni, Kini Aktif Hasilkan Muzik Dakwah Naungan Syarikat Sendiri

Sepanjang tempoh berehat, Waheeda mengasah kemahirannya dalam pelbagai alat muzik seperti biola dan piano. Beliau juga telah menghasilkan lagu-lagu dengan sentuhan moden yang menggabungkan unsur-unsur etnik dari pelbagai budaya, termasuk “Now I Do”, “Melodi Ahlan”, dan “Sindiran”.

WAHEEDA ‘Wasini’ Masih Berjiwa Seni, Kini Aktif Hasilkan Muzik Dakwah Naungan Syarikat Sendiri

Waheeda sebelum ini berehat dari industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy. Kini, dengan semangat baharu, beliau kembali untuk berkongsi karya seni yang lebih matang dan berbeza, mencerminkan perjalanan dan pengalaman hidupnya sepanjang tempoh tersebut.

Kepulangan Waheeda ke pentas seni disambut baik oleh peminat yang merindui karya-karya uniknya. Mereka menantikan sumbangan terbarunya yang pasti akan menambah warna dalam industri muzik tempatan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*