Pernah ‘diramas’ anak autisme, Zarina bukan nak buka aib

PETALING JAYA – Dianggap melampau dan memalukan, pelakon Zarina Zainuddin bagaimanapun menjelaskan tindakannya menceritakan tentang keadaan alat sulit anak lelakinya, Azal adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang autisme.

Kata Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, perkongsiannya dalam video sebelum ini bertujuan untuk menceritakan reaksi anak autisme berdepan dengan seksualiti mereka.

Malah, Zarina turut memberitahu dia pernah berdepan dengan keadaan apabila payudaranya dipegang oleh anak autisme.

“Orang cakap saya bodoh kerana pergi buka aib anak. Kalau saya buka aib anak buka seluar tunjuk benda tidak senonoh. Kalian semua perlu faham anak seperti ini lurus dan mereka akan menceritakan perkara yang benar.

“Saya juga ada menasihati dia agar tidak menonton perkara yang tidak senonoh. Saya nak cerita payudara saya juga pernah kena ‘ramas’ dengan anak autisme yang bukan anak saya. Saya terkejut, tetapi apa daya saya kerana anak itu tidak tau apa-apa.

“Sebab itu saya tekankan untuk anak autisme ini. Di luar sana ada banyak anak-anak syurga yang berdepan dengan masalah sama.

“Orang normal akan cakap benda ini kotor, tetapi bagi kami ibu bapa yang ada anak autisme ini bagaimana hendak terangkan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkongsian Instagram itu juga, Zarina meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan perkara tersebut dengan masa lalunya.

Pelakon filem Ringgit Kasorrga itu turut memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung dan menganggap tindakannya keterlaluan.

“Saya mohon maaf kalau perkataan keras dan gajah itu mencarut, carilah dalam kamus. Siapa yang otak kuning, saya atau anda sendiri. – KOSMO! ONLINE

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*