Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai!

Sheqal

” Rumpun bak serai…Junjung bak sirih..Itulah kita di nusantara”

Masih ingat dengan penyanyi yang cukup popular sekitar era 1980-an, Sheqal?

Mungkin ramai yang ingat ingat lupa, namun jika disebut lirik lagu di atas mungkin ramai mengenali penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Nusantara ini.

Selain lagu Cinta Nusantara, Sheqal turut mengecap populariti yang berkonsep pop traditional menerusi lagu-lagu seperti Zapin Rindu-rinduan, Kasih Tak Terhurai dan Ratib Orang Lautan.

Pemilik nama sebenar Shahrin Salehuddin, 59, ini pernah dicalonkan dalam acara muzik tanah air seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Manan Ngah di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To’ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin.

Berkahwin dengan Raja Ema

Beliau pernah menikahi aktres dan penyanyi popular Raja Ema pada 2 Mei 1993 ketika sama-sama popular namun bercerai pada tahun 1999.

Sheqal bertindak berahsia mengenai perkara peribadi hinggalah perkahwinan mereka mengejutkan industri.

Mereka memperoleh dua orang anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah.

Setelah itu Sheqal berkahwin dengan Normah Mohd Yusof dan dikurniakan dua cahayamata.

Menyepi dari dunia seni

Sheqal sempat menghasilkan empat album studio. Kali terakhir album beliau diterbitkan pada 1998 dan selepas itu namanya terus senyap.

Seorang wartawan berkongsi secara tak sengaja terjumpa Sheqal berniaga di Pasar Payang, Terengganu pada 2018.

Di sana, Sheqal bersama isterinya mengusahakan perniagaan menjual makanan kering.

” Alhamdulillah undangan menyanyi masih saya terima. Saya tidak pernah bersara sebagai penyanyi, cuma jarang muncul di TV.

” Sekarang masa banyak diluangkan untuk perniagaan. Saya juga sering berulang-alik antara Kuala Terengganu dan Seremban kerana komitmen perniagaan,” kata Sheqal.

Ditanya sama ada dia berminat untuk menyertai program realiti Gegarvaganza, sambil ketawa Sheqal berkata: “Tak kot. Bagilah peluang orang lain.”

Terkini, Sheqal diserang strok

Pada Ogos 2013, Harian Metro pernah berkongsi di mana kehidupan Sheqal berubah mendadak selepas tiga kali diserang strok dalam tempoh tiga tahun.

” Syukurlah dia dah dapat katil hospital dari seorang individu.

” Begitu juga kerusi roda pun dah dapat sumbangan dari satu pihak. Syukur ada yang membantu.

” Apabila Datuk Nash nak sampaikan sumbangan dia tolak sehingga ada pihak yang terkilan.

” Bukan sebab kami sombong tapi Sheqal rasa ada insan lain yang lebih memerlukan.

” Jadi kali ini terpulanglah kalau ada nak bagi sumbangan memandangkan keadaannya dah teruk.

” Sebelum ini dia buat bisnes produk kesihatan tapi sekarang dah berhenti sebab dah tak larat.

” Bila kena strok kali kedua dia dah tak larat untuk buat produk.

” Duit simpanan yang ada pula digunakan untuk berubat,” kata isteri Sheqal yang kini menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

Penyanyi Joey BPR berkongsi keadaan terkini Sheqal

Sementara itu, penyanyi Joey BPR berkongsi keadaan terkini Sheqal di laman facebook.

Joey antara lain memohon sumbangan orang ramai bagi mengurangkan beban Sheqal.

” Kalau ada yang prihatin ….Bantulah mana yang mampu. Terima Kasih. Syeqal ni. Baik dengan aku.

” Syeqal ni. Bukan saja seorang penyanyi yg unik. Tapi dia juga seorang pelukis yang sangat unik

” Aku anggap tangan dia ajaib. Seorang pelukis mural yang sangat prolifik Dia cakap dengan aku.

” Dia bercita2 untuk mengeluarkan buku. Mengenai semua lukisan beliau. Seni beliau, pada aku la. Punyai level yang tersendiri.

” Aku bukan org kaya. Kalau aku kaya. Aku bantu beliau untuk meralisasikan hasrat beliau.

” Semoga beliau cepat sembuh. Dan baik saperti sediakala” tulis Joey.

Sumber Sinar2u

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*