Tahniah! Selepas 14 tahun Raja Azura kembali berumahtangga, rupanya suami dia bukan biasa2 orangnya!

Kuala Lumpur: Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram apabila memuat video persandingannya semalam.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai suami barunya itu tidak dikongsikan kepada peminat.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Sebelum ini Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*