Safiq Rahim jadi mangsa terbaharu insiden jenayah babitkan pemain bola sepak

JOHOR BAHRU: Cermin kereta bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Sri Gelam, di sini, malam tadi, beberapa hari selepas nasib malang menimpa tonggak Selangor FC, Faisal Halim apabila disimbah asid di Kota Damansara.

Kejadian kira-kira jam 10.05 malam itu dikongsikan oleh Safiq menerusi akaun media sosial Instagram.

Dalam muat naik itu, beliau memaklumkan sudah membuat laporan polis selepas risau dengan keselamatan dirinya.

Safiq Rahim pula diserang! Cermin kereta pecah dihentak dengan tukul besi -  Semasa | mStar

Beliau turut memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan itu.

Menerusi laporan polis dimuatnaik di Instagram, Safiq melaporkan beliau ketika itu sedang memandu ke arah Pantai Lido, selepas mengambil barangnya di pusat latihan berkenaan kira-kira jam 10.05 malam.

“Ketika sedang memandu, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang kereta saya.

Kereta Safiq Rahim dirosakkan, diketuk dengan tukul besi

“Saya terkejut dan memberhentikan kereta sebelum dua lelaki itu berhenti di hadapan kereta saya.

“Dua lelaki itu kemudian menunjukkan tukul ke arah saya. Akibat risau, saya mengundurkan kereta dan beredar dari lokasi berkenaan,” katanya dalam laporan berkenaan.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas Faisal Halim disimbah asid dan seorang lagi pemain, Akhyar Rashid pula disamun dan diserang, di kawasan kediamannya lebih kurang seminggu lalu.

Dalam pada itu, polis sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan dan menangkap suspek terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam ini.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*