Salam Takziah, Anak Bongsu Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Meninggal Dunia, Ini Puncanya Buat Ramai Terkejut

ANAK bongsu pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha meninggal dunia pada petang selasa.

Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia pada usia enam bulan.

Berita sedih itu dikongsikan Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 38, menerusi hantaran di Instastory miliknya.

NP-234

Zaquan berkongsi berita sedih itu di Instastory miliknya.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi,” katanya.

Bagaimanapun Zaquan tidak berkongsi punca kematian anaknya itu.

Sebaliknya, Zaquan memohon agar orang ramai mendoakan dia dan isteri kuat hadapi dugaan yang menimpa mereka sekeluarga.

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” ujarnya.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*