Aliff Aziz tiba di mahkamah syariah, Bella Astillah harap kes cerai berjalan tanpa masalah

PENYANYI Bella Astillah sebutan kes penceraian dengan suami iaitu Aliff Aziz pada Khamis akan selesai secara baik.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, turut berharap agar tiada sebarang masalah timbul pada perbicaraan yang bakal berlangsung sebentar lagi.

“Semoga semua berjalan lancar, apa-apa pun kita tengok apa yang berlaku. Semoga dipermudah dan tidak ada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita.

553 (8)

Bella mahukan perpisahan secara baik.

Bella berkongsi perkara itu ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar 11.50 pagi.

Pelakon itu ditemani ibu Siti Zarina Astillah dan adik perempuannya Didi Astillah.

Sementara itu, Aliff muncul di perkarangan mahkamah pada pukul 12 tengah hari dan enggan memberi sebarang kenyataan ketika disapa pihak media.

Bagaimanapun bapa Aliff iaitu Aziz berharap sebutan kes anak dan menantunya berjalan lancar.

“Doakan yang terbaik. Semoga semua berjalan lancar,” katanya ringkas.

Aliff diwakili peguam syarie iaitu Hadi Salleh.

Pada 13 Mac lalu Bella memfailkan cerai terhadap Aliff, 33, secara ekspres susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*