Dituduh bercinta dan tidur bersama abang ipar, Didi Astillah akhirnya terpaksa..

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Didi Astillah pernah bercinta dengan abang iparnya sendiri iaitu aktor Aliff Aziz.

Lebih mengejutkan apabila berita tersebut turut mendakwa Aliff dan Didi pernah tidur bersama di sebuah hotel.

Terkejut dan kesal dengan dakwaan tersebut, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, mengesahkan artikel yang tersebar di media sosial itu merupakan satu fitnah.

didi as 1

Didi kesal dengan berita palsu tersebar mengenai dirinya.

“Astaghfirullahalazim, fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah selepas itu jadikan artikel,” katanya.

Dalam perkongsian di Instastory itu juga memaparkan tangkap layar artikel berita dengan tajuk ‘Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella… Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel’.

Difahamkan berita palsu tersebut tersebar meluas di laman Facebook.

Malah berita berkenaan turut memaparkan foto Didi bersama Aliff dilihat sedondon mengenakan baju berwarna hitam.

Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah mendedahkan Aliff berlaku curang bersama 11 wanita termasuk adiknya sendiri, Eriqa Astillah.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Bella bagaimanapun memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kes penceraian itu masih berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun 2024.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*