“who’s that?” – Dituduh tak cakna tentang ‘All Eyes on Rafah’, IG Ning Baizura diserang netizen

NETIZEN meluahkan rasa bengang dan sedih terhadap Ning Baizura susulan penyanyi terkenal itu tidak memberi respon bertanya siapa ‘Rafah’ ketika muncul menerusi video siaran langsung di Instagram miliknya.

Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, memberi respon spontan itu selepas penonton video siaran langsung itu meninggalkan komen ‘All Eyes on Rafah’.

“All eyes on Rafah… Who’s that?,” katanya sambil tersenyum ketika membaca komen tersebut.

NP-77

Ning dikecam kerana dituduh tidak sensitif isu di Palestin.

Ramai menyifatkan Ning tidak cakna dan peka terhadap isu penting dan berasa tidak logik penyanyi lagu Awan Terpilu itu tidak mengetahui mengenai penindasan dan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.

Malah ketika ini, seluruh dunia sedang memberi tumpuan kepada nasib rakyat Palestin yang diserang bertubi-tubi di lokasi terakhir mereka berlindung iaitu Rafah.

“Fasal Rafah lagi-lagi ‘All Eyes on Rafah’ memang lalu setiap masa di semua media sosial. Tak sangka dia tak tahu langsung.

“Tak kan la tak ambil tahu langsung kejadian di Rafah? Sedihnya.

“Sedihnya tengok jenis macam ini… Tak kan sikit pun tak ambil tahu tentang apa yang terjadi di Palestin?,” komen netizen.

Hasil tinjauan mStar di Instagram Ning juga mendapat, netizen mula menyerang ruang komen hantaran penyanyi itu dengan ‘All Eyes on Rafah’.

NP-78

Antara komen netizen yang mengecam Ning Baizura.

Komen itu dilihat sebagai satu bentuk sindiran dalam mengingatkan penyanyi itu tentang Rafah.

Sementara itu, ramai juga mahu memboikot Ning dengan menyekat akaun media sosialnya sebagai pengajaran kepada penyanyi tersebut.

Apatah lagi ketika ini, gerakan Blockout2024 sedang hangat diperkatakan netizen dan mahu memasukkan nama Ning dalam senarai.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*